Profile

Friday, June 6, 2014


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan Kadazan Dusun. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan berwarna.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik dan macam-macam lagi. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.